| PROFIL |

SNE Marketing Sdn Bhd KKLIU No : 1405/2014

Kami ialah ejen SNE dan stokis berdaftar yang sah di malaysia





Sejak ditubuhkan secara rasmi pada bulan Oktober 2003, SNE Marketing Sdn Bhd telah membuktikan dirinya sebagai salah sebuah syarikat terkemuka yang dikenali ramai dalam industri MLM. Ibu pejabat SNE bertapak di Malaysia dan mempunyai jumlah modal pelaburan sebanyak Ringgit Malaysia 5.0 juta dan dilengkapi rangkaian produk-produk unggul. Kini, SNE Malaysia berkembang pesat menjadi salah sebuah syarikat contoh cemerlang yang menyediakan peluang untuk mencapai kejayaan yang tidak terbatas kepada lebih daripada 500,000 warga SNE demi memperolehi kesihatan yang optima, jaminan kestabilan kewangan dan kebebasan masa yang bukan sekadar terhad di Malaysia, malah di negara-negara jiran seperti Negara Thai, Indonesia and Singapura. Misi kami tidak berakhir di sini. Kami berhasrat untuk mengibarkan sayap SNE, berkongsi formula kejayaan pelan pemasaran dan misinya ke seluruh pelusuk dunia.


YuHangRen merupakan perusahaan terbesar di dunia yang menggabungkan teknologi, industri dan perdagangan yang canggih dan bertaraf antarabangsa dengan perkembangan komprehensif Fructus Hippophae atau lebih dikenali sebagai seabuckthorn. 

Selama beberapa tahun kebelakangan ini, YuHangRen telah menjalankan kajian dan penyelidikan yang ekstensif dan intensif dalam aspek nutrisi dan farmalogi Fructus Hippophae dengan menggunakan teknik pengekstrakan Kritikal CO2, teknik penyerapan foramen pokok magnum, teknologi membran, teknologi biologi dan teknik-teknik pengekstrakan tumbuhan semula jadi yang lain, berserta teknologi nanometer yang canggih telah melahirkan lebih daripada 200 jenis produk, termasuklah Kapsul SNE, dengan sokongan daripada Akademi Sains Perubatan Negara China, dan usaha sama dengan Universiti Nan Kai, Universiti Latihan Perguruan Hua Dong, Universiti Jiang Nan dan institusi-institusi penyelidikan saintifik antarabangsa.

Kini, SNE dan YuHangRen telah bersatu.

SNE Marketing Sdn Bhd merupakan agen tunggal produk seabuckthorn yang berprestij ini. Mitos di luar jangkaan dan kepercayaan manusia terbit di Mongolia Dalam dengan penemuan manfaat seabuckthorn yang tidak terbatas. Presiden YuHangRen, En. Xing Guo Liang mengumumkan bahawa kini, SNE merupakan pemegang saham ketiga terbesar YuHangRen. Pada ketika ini, papan tanda SNE berdiri megah di atas semua bangunan YuHangRen di Shanghai dan Mongolia Dalam. Gabungan SNE dan YuHangRen merupakan sebuah tenaga yang mengagumkan dengan gandingan pemimpin-pemimpin SNE, Mongolia Dalam dan YuHangRen yang bersatu menjadi sebuah entiti yang kukuh.



Anugerah dan Sijil










Clinical Experiment










No comments:

Post a Comment